Pusat Sumber Sekolah
(PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi
pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital.
PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca,
literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dasar Pengurusan Pusat
Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai
koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan,
dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan
Dasar PSS adalah seperti berikut:
• Memastikan Pusat
Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan
memenuhi fungsi dan peranannya.
• Memastikan Pusat
Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
• Memastikan Pusat
Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan
teknologi maklumat masa kini.
• Memastikan Pusat
Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat
kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
• Memastikan Pusat
Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti
penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan
perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan
semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang
kritis
• Menyediakan
perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga
sekolah
• Meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian
masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
• Melahirkan individu
bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
• Pusat Ilmu
• Pusat Penemuan
• Pusat Pengajaran dan
Pembelajaran
• Pusat Pengajaran
• Pusat Profesional
• Pusat Hubungan
Masyarakat
• Merancang dan mengurus
perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang
selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
• Menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
• Memberi panduan dan
kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan
penggunaan maklumat.
• Menyediakan kemudahan,
peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
• Menjalin perkongsian
pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan.
Program dan halatuju PSS
di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan
hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal,
majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware,
e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).
Program dan halatuju PSS
tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
• The School Library
Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO
2000)
• The IFLA/UNESCO School
Library Guidelines (2002)
Kedua-dua dokumen ini
menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.
• Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di
sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan
pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri
daripada:
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga
boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara
perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
• Perkhidmatan Khidmat Nasihat /
Rujukan
Khidmat nasihat /
rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan
dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan
teknologi maklumat dan komunikasi
• Perkhidmatan Kesedaran
Semasa
PSS perlu menyediakan
perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan
maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh
disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah /
PSS
b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan
majalah
d. bibliografi
beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks
bahan terpilih
g. pangkalan data
bibliografi sumber PSS
h. pameran buku baru
• Perkhidmatan
Pendidikan Pengguna
Program pendidikan
pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga
sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi
kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian
maklumat.
• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat
sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan
di lokasi yang strategik.
• Perkhidmatan
Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu
disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan
data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu
disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
• Perkhidmatan kemudahan
bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu
disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
• Bilik Tayangan / Audio
Visual / Multimedia
• Sudut Bercerita /
Aktiviti
• Sudut / Bilik
Perbincangan
• Bilik Rakaman
• Perkhidmatan
Reprografi
Perkhidmatan ini
disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan
bahan.
• Perkhidmatan Akses
Maklumat
Perkhidmatan ini perlu
disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau
Intranet.
Terdapat dua program
utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti
yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan
perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas
berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983: Perpustakaan Sekolah bertarikh 27 Disember 1983
b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca
1988 bertarikh 20
Januari 1988
c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998
d) Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) bertarikh 20 April 2000
e) Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan
Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri bertarikh 19 November 2001
f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003.
g) Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah
bertarikh 12 Mei 2005
1. Program Galakan
Membaca
Program galakan membaca
perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina
melalui amalan membaca yang berterusan.
Bagi memantapkan program
galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan
pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
2. Literasi
Maklumat
Program literasi
maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan
kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.
Aspek kemahiran yang
perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
• Pentafsiran maklumat
• Penghasilan produk
yang berkualiti
• Pembelajaran kendiri
• Penglibatan secara
aktif sebagai ahli kumpulan kerja
• Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran yang
menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti
berikut:
• Kemahiran belajar
secara kendiri
• Kemahiran bekerjasama
• Kemahiran merancang
• Kemahiran mencari dan
mengumpul
• Kemahiran memilih dan
mentafsir
• Kemahiran menyusun dan
merekod
• Kemahiran komunikasi
• Kemahiran menilai
Literasi maklumat perlu
dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
• modular
• integrasi / merentas
kurikulum
Pengetua / Guru Besar
perlu memaklumkan jumlah PCG dan Yuran Khas Sekolah yang diterima bagi tahun
semasa kepada GPM bagi membolehkannya merancang aktiviti tahunan yang dapat
dimanfaatkan oleh warga sekolah.
Rancangan belanjawan
perlu dirancang secara teliti berdasarkan rancangan pembangunan jangka panjang
dan rancangan tahunan PSS. Laporan kewangan tahunan mestilah mengambarkan
penggunaan kewangan PSS dan pencapaian objektif.
Rancangan belanjawan
perlu merangkumi komponen-komponen berikut:
• Jumlah kewangan
tertentu untuk sumber baru (contoh: buku, majalah dan bahan bukan bercetak);
sejumlah kewangan untuk bahan promosi (contoh: poster)
• Jumlah kewangan
tertentu untuk alat tulis dan bahan pentadbiran
• Jumlah kewangan
tertentu untuk aktiviti galak guna dan promosi
• Kos untuk kegunaan dan
penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
Sumber kewangan Pusat
Sumber Sekolah terdiri daripada:
• Geran Bantuan Per
kapita (PCG)
• Yuran Khas Sekolah
• Sumbangan PIBG
Geran Bantuan Per Kapita
(PCG)
a. Geran Bantuan Per
Kapita (PCG) PSS bagi sekolah rendah dan sekolah menengah ditetapkan oleh
Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Panduan dan tatacara
perbelanjaan PCG hendaklah merujuk kepada :
• Surat Pemberitahuan
Ralat SPK Bilangan 8 Tahun 2010 bertarikh 17 Januari 2011
ATAU
• Pekeliling Kewangan
yang sedang berkuat kuasa
b. Kadar PCG meliputi
perbelanjaan bagi PSS seperti berikut:
• Pembelian peralatan
kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
• Pembelian buku,
perisian dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran
• Penyelenggaraan
peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran
• Program berunsurkan
pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran
• Program Pendidikan
Khas Integrasi – Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas
integrasi
• Perolehan / pembelian
Harta Modal adalah dibenarkan dengan menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran
dan bukan mata pelajaran bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran
c. Peruntukan PCG bagi
tahun semasa perlu dibelanjakan secara optimum
Yuran Khas Sekolah
Yuran Khas Sekolah ialah
peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah. Sekolah rendah menerima
RM 4.50 bagi setiap murid manakala sekolah menengah menerima RM 9.00 bagi
setiap murid. Peruntukan ini digunakan untuk program dan aktiviti PSS,
pendidikan jasmani dan pendidikan seni. Rujuk Surat Pekeliling Kewangan
Bil.3/2008: Peruntukan Yuran Khas Sekolah bertarikh 7 Januari 2008.
Sumbangan PIBG
PSS boleh memohon
sumbangan daripada PIBG bagi membangun dan meningkatkan kualiti perkhidmatan
PSS.
Petunjuk prestasi ialah
alat pengukuran yang digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi.
Petunjuk prestasi yang
boleh digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi PSS adalah
seperti berikut:
Petunjuk penggunaan
• Pinjaman oleh setiap
warga sekolah
• Jumlah pengunjung
• Pinjaman setiap bahan
(contoh: pertukaran bahan)
• Pinjaman setiap waktu
operasi (contoh : semasa dan selepas waktu sekolah)
• Pertanyaan rujukan
oleh warga sekolah
• Penggunaan bilik dan
peralatan
Petunjuk sumber
• Nisbah koleksi buku
untuk setiap murid
• Nisbah komputer bagi
setiap murid
Petunjuk kualitatif
• Aduan dan maklum balas
pelanggan
• Keceriaan
• Ciri-ciri Keselamatan
Petunjuk kos
• Kos bagi melaksanakan
program dan aktiviti PSS
• Kos bagi perolehan
bahan daripada jumlah PCG
• Kos bagi promosi PSS
• Kos untuk pembelian
hadiah galakan membaca
• Kos untuk pembangunan
PSS
• Kos untuk keceriaan
PSS
Petunjuk perbandingan
• Perbandingan data
penarafan PSS antara sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru
• Perbandingan jumlah
penggunaan PSS dan pinjaman bahan antara PSS Sekolah A dan Sekolah B
No comments:
Post a Comment